PPV Hotline
  • USM FC

    PANAS TERIK SEMANGAT JUANG USM FC MEMBARA!

    Bahan terik matahari, di Kopa Arena, USM FC terus berjuang.

    Setiap peluh yang menitis demi Universiti tercinta.

    Setiap latihan adalah masa kita bina keyakinan.

    Setiap langkah berikan kita pengalaman untuk tidak toleh ke belakang

    Tiada alasan. Tiada jalan mudah. Hanya disiplin, kerja keras dan semangat untuk menang!

    USM FC — One Team. One Dream. One USM.

    #USMFC #USMFootball #OneTeamOneDreamOneUSM #KopaArena #TrainingDay #KeepWorking #Discipline #Passion #Unity #Victory #NeverGiveUp #PenangFootball #A1AFL #FootballMalaysia

  • USM FC

    ⚽ BUILD. BELIEVE. PERFORM.

    Disiplin dalam latihan.

    Fokus dalam persiapan.

    Berani dalam perlawanan.

    Setiap hari kita bersama bina pasukan yang lebih kuat.

    💜🧡 USM FC | ONE TEAM. ONE DREAM. ONE USM.

    #USMFC #USM #OneTeamOneDreamOneUSM #A1AFL #Teamwork #Discipline #Passion

  • USM FC

    USM FC kembali beraksi di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang bagi saingan Liga AFL A1 Semi-Pro 2026/2027!

    USM FC vs Malaysian University Football Team

    13 September 2026 | Ahad

    8:45 malam

    Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang

    Ini bukan sekadar perlawanan.

    Ini tentang perjuangan dan semangat satu pasukan.

    💜 Ayuh warga USM & penyokong USM FC

    Penuhi stadium, kibarkan panji semangat kita dan berikan sokongan padu kepada USM FC!

    ONE TEAM • ONE DREAM • ONE USM

    KAMI MEMIMPIN!

    #USMFC #USMFCOfficial #OneTeamOneDreamOneUSM #KamiMemimpin #HomeGame #LigaAFL #AFLA1SemiPro #USM #UniversitiSainsMalaysia #USMFootball

    #BangkitUSMFC #SupportUSMFC #KitaUSM

  • USM FC

    LATIHAN. DISIPLIN. KOMITMEN. PERJUANGAN.

    Setiap sesi latihan adalah langkah untuk menjadi lebih baik.

    Setiap peluh yang jatuh adalah bukti bahawa kita tidak datang untuk sekadar bermain.

    USM FC terus memperkemas taktikal, meningkatkan kecergasan dan membina keserasian pasukan — kerana perlawanan dimenangi di padang, tetapi kejayaan dibina dalam latihan. 🔥⚽

    Tiada jalan mudah.

    Tiada alasan.

    Terus bekerja. Terus percaya. Terus berjuang.

    💜 ONE TEAM

    🧡 ONE DREAM

    💜 ONE USM

    USM FC — WE TRAIN TO WIN! 🏆

    #USMFC #OneTeamOneDreamOneUSM #USMFootball #USMFC2026 #LigaA1AFL #AFLMalaysia #FootballPenang #PenangFootball #TrainingDay #TrainToWin #NeverGiveUp #KeepFighting #Discipline #Passion #Unity #Victory #KitaUSM

  • USM FC

    TIGA PERLAWANAN SATU MISI !

    September bukan sekadar bulan perlawanan — Ayuh sama berikan sokongan untuk kita membuktikan siapa USM FC!

    Tiga aksi penting menanti USM FC dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

    🏠 13 SEPTEMBER — vs Malaysian University

    ✈️ 17 SEPTEMBER — vs UM Damansara FC

    ✈️ 27 SEPTEMBER — vs Manjung City FC

    Kami turun bukan sekadar untuk bermain — kami turun untuk MEMIMPIN.

    ONE TEAM. ONE DREAM. ONE USM.

    Purple Together, Stronger Forever!

    #USMFC #KamiMemimpin #OneTeamOneDreamOneUSM #PurpleTogetherStronger #LigaA1SemiPro #LigaA1 #AFL #USM #USMFC2026 #DemiUSM #BangkitUSM #FightForUSM #PurpleArmy #PenangFootball #FootballMalaysia

  • USM FC

    Tiga Perlawanan. Satu Misi. SATU USM.

    September bukan sekadar bulan perlawanan — Ayuh sama untuk kita membuktikan kebangkitan USM FC!

    Tiga aksi penting menanti USM FC dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

    🏠 13 SEPTEMBER 2026 — vs Malaysian University

    ✈️ 17 SEPTEMBER 2026 — vs UM Damansara FC

    ✈️ 27 SEPTEMBER 2026 — vs Manjung City FC

    Kami turun bukan sekadar untuk bermain — kami turun untuk MEMIMPIN.

    ONE TEAM. ONE DREAM. ONE USM.

    Purple Together, Stronger Forever!

    #USMFC #KamiMemimpin #OneTeamOneDreamOneUSM #PurpleTogetherStronger #LigaA1SemiPro #LigaA1 #AFL #USM #USMFC2026 #DemiUSM #BangkitUSM #FightForUSM #PurpleArmy #PenangFootball #FootballMalaysia

  • USM FC

    Training guys!

  • USM FC

    WORK HARD. FIGHT HARDER.

    Latihan. Intensiti. Perjuangan.

    Bersama menuju satu matlamat yang sama.

    USM FC — NEVER BACK DOWN.

    #USMFC #NeverBackDown #FightForEveryBall #OneTeamOneDreamOneUSM #LigaA1SemiPro

  • USM FC

    BUILD THE BODY. SHARPEN THE MIND.

    Kuat di padang bermula dengan disiplin di gym.

    Setiap sesi adalah usaha untuk membina kekuatan, ketahanan dan mentaliti juara.

    Bukan sekadar bersedia untuk bermain — tetapi bersedia untuk berjuang.

    USM FC — One Team • One Dream • One USM.

    #USMFC #OneTeamOneDreamOneUSM #USMFootball #TrainHard #StrongerTogether #Mentality #Discipline #RoadToVictory #FootballMalaysia #A1AFL

  • USM FC

    KEKAL POSITIF, KEKAL FOKUS: KEKALAHAN KEPADA JDT II JADI TITIK PERMULAAN USM FC

    PULAU PINANG, 1 September 2026 – Kekalahan 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam aksi perlawanan pertama liga terbaharu tidak harus dilihat sebagai satu kegagalan buat USM FC, sebaliknya menjadi pengalaman penting dan titik permulaan kepada pasukan dalam mempersiapkan diri menghadapi saingan Liga A1 AFL 2026/2027.

    Presiden merangkap Pengurus Pasukan USM FC, Mohd Azizudin Mohd Shariff, melihat aksi tersebut sebagai satu pengalaman berharga apabila USM FC berdepan sebuah pasukan yang mempunyai barisan pemain berkualiti, pengalaman serta persediaan yang lengkap.

    Menurut beliau, USM FC khususnya pada separuh masa pertama berjaya menunjukkan disiplin permainan dan keupayaan untuk mengekang asakan JDT II sebelum pengalaman serta kelebihan kualiti lawan akhirnya menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

    “Saya melihat separuh masa pertama sebagai satu perkara yang positif. Pemain kita mampu bertahan dengan baik, berdisiplin dan cuba mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kita berdepan pasukan yang sangat lengkap dan mempunyai pengalaman yang tinggi.

    “Apabila kita bertemu pasukan seperti JDT II, setiap kesilapan kecil boleh dihukum. Keputusan 0-5 memang bukan keputusan yang kita mahukan, tetapi kita perlu melihatnya sebagai satu pengalaman yang sangat bernilai untuk pemain dan pasukan,” katanya.»

    Azizudin berkata, perlawanan tersebut memberikan gambaran jelas mengenai aspek yang perlu diperbaiki USM FC, terutama dari segi konsistensi permainan, ketahanan mental, pengurusan permainan serta keupayaan mengekalkan intensiti apabila berdepan pasukan berkualiti tinggi.

    Beliau yang pernah memainkan peranan penting bersama pasukan USM FC dan Pulau Pinang sehingga membantu kedua-dua pasukan layak ke Liga Perdana pada tahun 2010 dan 2014 yang mana Pulau Pinang muncul juara Piala FAM 2013, turut menegaskan bahawa pengalaman menghadapi pasukan besar merupakan sebahagian daripada proses membina sebuah pasukan yang lebih matang dan kompetitif.

    "Kita tidak boleh terlalu kecewa dengan keputusan ini. Yang penting ialah apa yang kita belajar daripada perlawanan tersebut. Pemain perlu faham bahawa perjalanan membina pasukan untuk musim baharu bukan sesuatu yang mudah.

    “Kita mahu mereka ambil pengalaman ini, belajar daripada kesilapan dan kembali dengan semangat yang lebih tinggi. Kekalahan ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan untuk kita menjadi lebih baik,” jelas beliau.

    KEMBALI FOKUS DAN BINA KEYAKINAN

    Menjelang saingan 2026/2027, Azizudin mahu seluruh barisan pemain dan pegawai USM FC kembali fokus terhadap objektif pasukan serta tidak terpengaruh dengan satu keputusan perlawanan.

    Katanya, kekuatan utama USM FC perlu dibina melalui kebersamaan pasukan, disiplin, kerja keras dan keyakinan terhadap kemampuan sendiri.

    “Saya mahu pemain terus percaya kepada diri sendiri. Kekalkan tahap disiplin yang tinggi dalam pasukan dan dalam permainan. Jangan hilang keyakinan hanya kerana kita kalah kepada pasukan yang lebih berpengalaman. Sebaliknya, gunakan perlawanan ini untuk meningkatkan tahap permainan kita.

    “Kita ada potensi. Kita ada pemain yang mahu belajar dan berkembang. Sekarang masa untuk kita bekerja lebih kuat, memperbaiki kelemahan dan membina semula keyakinan sebagai satu pasukan,” katanya.»

    Beliau turut memberikan motivasi kepada seluruh warga USM FC agar menjadikan setiap sesi latihan dan perlawanan persahabatan sebagai platform untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan.

    “Saya mahu semua pemain pantas bangkit kembali. Kita bergerak ke hadapan. Setiap perlawanan adalah proses pembelajaran. Kita kalah hari ini, tetapi kita boleh menjadi pasukan yang lebih baik selepas ini.

    “Teruskan bekerja keras, teruskan percaya kepada pasukan dan jangan mudah mengalah. Musim 2026/2027 adalah perjalanan kita bersama. Kita mahu USM FC tampil dengan identiti, semangat dan keyakinan yang tinggi,” ujar Azizudin

    Azizudin optimis bahawa dengan sikap positif dan kerja berpasukan yang kukuh, USM FC mampu tampil lebih bersedia apabila tirai saingan musim baharu dibuka.

    “Kita belajar, kita bangkit dan kita teruskan perjalanan. USM FC perlu kekal positif selaras dengan motto USM ‘Kami Memimpin’. Apa yang berlaku ini akan menjadikan kita lebih kuat,” katanya.

  • USM FC

    KEKAL POSITIF, KEKAL FOKUS: KEKALAHAN KEPADA JDT II JADI TITIK PERMULAAN USM FC

    PULAU PINANG, 1 September 2026 – Kekalahan 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam aksi persahabatan terbaharu tidak harus dilihat sebagai satu kegagalan buat USM FC, sebaliknya menjadi pengalaman penting dan titik permulaan kepada pasukan dalam mempersiapkan diri menghadapi saingan Liga A1 AFL 2026/2027.

    Presiden merangkap Pengurus Pasukan USM FC, Mohd Azizudin Mohd Shariff, melihat aksi tersebut sebagai satu pengalaman berharga apabila USM FC berdepan sebuah pasukan yang mempunyai barisan pemain berkualiti, pengalaman serta persediaan yang lengkap.

    Menurut beliau, USM FC khususnya pada separuh masa pertama berjaya menunjukkan disiplin permainan dan keupayaan untuk mengekang asakan JDT II sebelum pengalaman serta kelebihan kualiti lawan akhirnya menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

    “Saya melihat separuh masa pertama sebagai satu perkara yang positif. Pemain kita mampu bertahan dengan baik, berdisiplin dan cuba mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kita berdepan pasukan yang sangat lengkap dan mempunyai pengalaman yang tinggi.

    “Apabila kita bertemu pasukan seperti JDT II, setiap kesilapan kecil boleh dihukum. Keputusan 0-5 memang bukan keputusan yang kita mahukan, tetapi kita perlu melihatnya sebagai satu pengalaman yang sangat bernilai untuk pemain dan pasukan,” katanya.»

    Azizudin berkata, perlawanan tersebut memberikan gambaran jelas mengenai aspek yang perlu diperbaiki USM FC, terutama dari segi konsistensi permainan, ketahanan mental, pengurusan permainan serta keupayaan mengekalkan intensiti apabila berdepan pasukan berkualiti tinggi.

    Beliau yang pernah memainkan peranan penting bersama pasukan USM FC dan Pulau Pinang sehingga membantu kedua-dua pasukan layak ke Liga Perdana pada tahun 2010 dan 2014 yang mana Pulau Pinang muncul juara Piala FAM 2013, turut menegaskan bahawa pengalaman menghadapi pasukan besar merupakan sebahagian daripada proses membina sebuah pasukan yang lebih matang dan kompetitif.

    "Kita tidak boleh terlalu kecewa dengan keputusan ini. Yang penting ialah apa yang kita belajar daripada perlawanan tersebut. Pemain perlu faham bahawa perjalanan membina pasukan untuk musim baharu bukan sesuatu yang mudah.

    “Kita mahu mereka ambil pengalaman ini, belajar daripada kesilapan dan kembali dengan semangat yang lebih tinggi. Kekalahan ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan untuk kita menjadi lebih baik,” jelas beliau.

    KEMBALI FOKUS DAN BINA KEYAKINAN

    Menjelang saingan 2026/2027, Azizudin mahu seluruh barisan pemain dan pegawai USM FC kembali fokus terhadap objektif pasukan serta tidak terpengaruh dengan satu keputusan perlawanan.

    Katanya, kekuatan utama USM FC perlu dibina melalui kebersamaan pasukan, disiplin, kerja keras dan keyakinan terhadap kemampuan sendiri.

    “Saya mahu pemain terus percaya kepada diri sendiri. Kekalkan tahap disiplin yang tinggi dalam pasukan dan dalam permainan. Jangan hilang keyakinan hanya kerana kita kalah kepada pasukan yang lebih berpengalaman. Sebaliknya, gunakan perlawanan ini untuk meningkatkan tahap permainan kita.

    “Kita ada potensi. Kita ada pemain yang mahu belajar dan berkembang. Sekarang masa untuk kita bekerja lebih kuat, memperbaiki kelemahan dan membina semula keyakinan sebagai satu pasukan,” katanya.»

    Beliau turut memberikan motivasi kepada seluruh warga USM FC agar menjadikan setiap sesi latihan dan perlawanan persahabatan sebagai platform untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan.

    “Saya mahu semua pemain pantas bangkit kembali. Kita bergerak ke hadapan. Setiap perlawanan adalah proses pembelajaran. Kita kalah hari ini, tetapi kita boleh menjadi pasukan yang lebih baik selepas ini.

    “Teruskan bekerja keras, teruskan percaya kepada pasukan dan jangan mudah mengalah. Musim 2026/2027 adalah perjalanan kita bersama. Kita mahu USM FC tampil dengan identiti, semangat dan keyakinan yang tinggi,” ujar Azizudin

    Azizudin optimis bahawa dengan sikap positif dan kerja berpasukan yang kukuh, USM FC mampu tampil lebih bersedia apabila tirai saingan musim baharu dibuka.

    “Kita belajar, kita bangkit dan kita teruskan perjalanan. USM FC perlu kekal positif selaras dengan motto USM ‘Kami Memimpin’. Apa yang berlaku ini akan menjadikan kita lebih kuat,” katanya.

  • USM FC

    GYM SESSION| USM FC

    Latihan gym hari ini

    Teruskan kerja keras, kuatkan fizikal dan kekalkan fokus untuk persiapan perlawanan akan datang.

    USM FC — One Team, One Dream, One USM.

    #USMFC #GymSession #TrainingDay #OneTeamOneDreamOneUSM #USMFootball #USM #PenangFootball