PPV Hotline
  • A1 Semi-Pro AFL

    Buat semua komuniti bola sepak tempatan jangan lupa untuk sama-sama hadir ke stadium menyaksikan perlawanan minggu ketiga Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

    #AFL

    #ligaa1semipro20262027

    #ligauntuksemua

  • A1 Semi-Pro AFL

    AAK UNISEL FC idam kemenangan sulung

    AAK UNISEL FC mahu memastikan pertembungan menentang Imigresen FC II sebagai detik kebangkitan buat mereka selepas tewas dua perlawanan awal sebelum ini.

    Kecundang kepada Bunga Raya FC (1-3) dan JDT II (1-3), skuad bimbingan Rezal Zambery Yahya kini tekad bangkit mencari kemenangan pertama.

    Bagi Rezal Zambry, kekalahan itu mengecewakan kita namun positifnya pasukan berjaya menjaringkan gol.

    “Kita pasukan baharu dalam saingan Liga A1 Semi-Pro, rata-rata pemain kini dalam proses menyesuaikan diri dan kita akan mempertingkatkan corak permainan dari masa ke semasa.

    “Menentang IFC II bukan mudah memandangkan lawan masih belum tewas dan saingan sengit pasti diberikan.

    “Kita sedar pelawat pasukan lebih berpengalaman dengan dibarisi pemain tempatan dan import berkualiti, saya rasa yang penting sekarang adalah mencari kemenangan untuk moral pasukan,” tegasnya.

    Tambahnya lagi, para pemain telah diingatkan agar memberikan tumpuan penuh disepanjang perlawanan dan tidak melakukan kesilapan mudah.

    “Kalau kita tengok dalam dua perlawanan sebelum ini, pasukan berjaya menyamakan kedudukan namun sedikit kelekaan menyebabkan lawan menjaringkan gol.

    “Elakkan dari melakukan kesilapan mudah yang membuka ruang kepada lawan menjaringkan gol, bagi saya jika semua pemain bermain dengan penuh semangat dan mengikut segala perancangan kita mampu meraih kemenangan pertama,” katanya.

    #AFL

    #ligaa1semipro20262027

    #ligauntuksemua

    > Jadual perlawanan

    10 September 2026 / Khamis

    AAK UNISEL FC vs Imigresen FC II

    Stadium Utama Kuala Selangor / 4.45 petang

  • A1 Semi-Pro AFL

    Misi tersendiri Kelantan City FC !!!

    Kelantan City Football Club memiliki misi tersendiri menjelang pertembungan penting menentang Perak FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu ini.

    Memastikan rekod tanpa kalah Perak FA lebur dan pada masa sama merampas kedudukan selaku pendahulu Liga A1 Semi Pro 2026/2027.

    Kejayaan melangkah ke pentas Suku Akhir Piala FA 2026-2027 dianggap tonik terbaik buat pasukan yang berpengkalan di Kota Bharu itu selain aksi dilaman sendiri satu kelebihan.

    Bagi pelawat pula, mereka hadir dengan reputasi tinggi berbekalkan rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan dan ketika ini status selaku peneraju Liga A1 Semi-Pro 206/2027.

    Mampukah tuan rumah untuk memastikan misi berjaya dilunaskan atau pelawat akan pulang dengan kemenangan kali ketiga berturut-turut.

    Ayuh kita ramai-ramai memeriahkan perlawanan dengan hadir ke stadium memberikan sokongan buat pasukan making-masing.

    Bagi yang tidak dapat hadir jangan bimbang, anda boleh sama-sama menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan yang akan disiarkan secara langsung menerusi menerusi ‘Pay-Per-View’ di saluran AFL+.

    Dapatkan akses perlawanan dengan menekan pautan dibawah :-

    https://afl.aflplus-ifs.my/

    #AFL

    #ligaa1semipro20262027

    #ligauntuksemua

  • A1 Semi-Pro AFL

    IFC II mahu kekalkan rekod tanpa kalah

    PENGENDALI Imigresen FC II, S Balachandran mahu rekod tanpa kalah terus dipertahankan menjelang aksi berdepan AAK UNISEL FC di Stadium Utama Kuala Selangor, petang esok.

    Meraih satu mata berdepan Kedah FA ditempat lawan pada aksi pertama, anak didik S Balachandaran memperolehi kemenangan sulung dengan menewaskan Bunga Raya FC, 2-0 pada aksi minggu lalu.

    Bagi S Balachandran, rekod tanpa kalah ini perlu dipertahankan untuk memastikan mereka terus bersaing walaupun perlawanan baru memasuki minggu ketiga.

    “Semua pasukan yang bertanding adalah sama kuat dengan kualiti pemain yang ada, setiap perlawanan adalah penting bagi kami, jadi kami mahukan kemenangan atau sekurang-kurangnya membawa pulang mata.

    “Semangat dan komitmen pemain ketika ini berada diprestasi terbaik dan saya percaya kami akan meraih keputusan positif pada perlawanan petang esok,” ujarnya.

    Mengulas mengenai lawan, pengendali kelahiran Selangor ini percaya tuan rumah akan bangkit selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.

    “Memang perlawanan yang sukar, sebarang keputusan bergantung pada hari perlawanan, jadi saya mahu pemain memberikan tumpuan penuh pada petang esok.

    “Pasti lawan akan memberikan saingan sengit untuk meraih tiga mata, kami kena bersedia dari segi pertahanan dan jugak corak permainan.

    “IFC II perlu bermain dengan taktikal terbaik untuk mendapatkan mata,” tegasnya.

    Selepas berakhirnya dua perlawanan, Imigresen FC II kini berada dikedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata hasil satu menang dan satu seri.

    #AFL

    #ligaa1semipro20262027

    #ligauntuksemua

    > Jadual perlawanan

    10 September 2026 / Khamis

    AAK UNISEL FC vs Imigresen FC II

    Stadium Utama Kuala Selangor / 4.45 petang

  • A1 Semi-Pro AFL

    Jadual penuh perlawanan minggu ketiga Liga A1 Semi-Pro 2026/2027. #afl #ligaa1semipro20262027 #ligauntuksemua

  • A1 Semi-Pro AFL

    Once again, we meet. #UMDJDT

  • A1 Semi-Pro AFL

    We’ve arrived at Stadium Sultan Ibrahim. #UMDJDT

  • A1 Semi-Pro AFL

    Jaringan jarak jauh dari Asraff Aliffuddin meletakkan Kelantan City FC di depan.

    Saksikan siaran langsung di Astro Arena 803!

    #UnifiLigaSuper2627 #DemiLigaKita

  • A1 Semi-Pro AFL

    Tahniah diucapkan buat Kelantan City FC 👏🏻🔥⚽️

    🏆 PIALA FA 2026/27

    PUSINGAN 16 – PERLAWANAN 2

    ⏱ TAMAT PERLAWANAN

    Negeri Sembilan FC 3-2 Kelantan City FC

    AGG: NSFC 3-4 KCFC

    ⚽ 5’ Yusuke Minagawa (NS)

    ⚽ 38’ (P) Akhyar Rashid (NS)

    ⚽️ 90+1 Park Yiyoung (NS)

    ⚽ 53’ Arbdallah (KC)

    ⚽ 55’ Asraff Aliffuddin (KC)

    ALHAMDULILLAH! Kelantan City FC sah melangkah ke SUKU AKHIR Piala FA 2026/27!

    Terima kasih atas perjuangan seluruh pasukan dan sokongan padu The Fighters!

    #OfficialKelantanCityFC

    #TheFighters

    #MilikKitaMaruahKelantan

    #OneClubOnePassion

    #KitaKelantanCity

    #KelantanFootball

    #BangkitKelantan

    #PialaFA20262027

  • A1 Semi-Pro AFL

    🏆 PIALA FA 2026/27

    PUSINGAN 16 - PERLAWANAN 2

    🔵🔴 STARTING XI | THE BLUE FIGHTERS

    Kesebelasan utama Kelantan City FC bagi aksi berdepan Negeri Sembilan FC!

    Bismillah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keputusan terbaik buat pasukan kita.

    #KelantanCityFC

    #TheBlueFighters

    #TheFighters

    #PialaFA

    #StartingXI

    #MilikKitaMaruahKelantan

    #KitaKelantanCity

  • A1 Semi-Pro AFL

    Hari Perlawanan FA R16 (2)🔥

    Saksikan siaran langsung 4️⃣ perlawanan hari ini:-

    ▶️ Negeri Sembilan FC 🆚 Kelantan City FC jam 4:45 petang di Astro Arena Bola (803), Astro GO dan Sooka.

    ▶️ Kuching City FC 🆚 Kelantan Red Warrior FC jam 8:15 malam di Astro Arena Bola (803), Astro GO dan Sooka.

    ▶️ Johor Darul Ta'zim 🆚 UM-Damansara United jam 8:30 malam di Astro Arena Bola 2 (804), Astro GO dan Sooka.

    ▶️ Star City FC 🆚 Kedah FA jam 9 malam di Astro Stadium (802), Astro GO dan Sooka.

    #PialaFA2026-27 #LigaMalaysia #DemiLigaKita

  • A1 Semi-Pro AFL

    Syukur Fariz mula pamer taring !!!!

    PENYERANG Johor Darul Ta’zim II, Syukur Fariz memimpin senarai penjaring gol dengan empat gol selepas berakhirnya perlawanan minggu kedua.

    Menjaringkan dua gol membantu kemenangan JDT II pada perlawanan berdepan USM FC dan AAK UNISEL FC, bisanya selaku peledak perlu diberikan perhatian buat pasukan lawan.

    Mengekori rapat Syukur adalah pemain sayap Perak FA, Muslihuddin Atiq’ yang membuka koleksi jaringan peribadi pertama dengan membantu kemenangan Perak FA berdepan Negeri Sembilan FC II dan dua gol pada aksi berdepan Armed Forces FC untuk mengumpul tiga gol.

    Penyerang import Kelantan City FC, Emmanuel Ikechukwu juga tidak ketinggalan apabila turut mengumpul tiga gol hasil dua jaringan berdepan Manjung City FC dan satu gol ketika bertandang di Stadium UiTM, Shah Alam berdepan Malaysian University- UiTM.

    Mampukah Syukur untuk terus memimpin senarai penjaring terbanyak atau akan ada nama-nama baharu apabila perlawanan minggu ketiga berlangsung minggu ini.

    Sama-sama kita nantikan !!!

    #AFL

    #ligaa1semipro20262027

    #ligauntuksemua