PPV Hotline
  • Kelantan Red Warrior FC

    "COACHING REFRESH COURSE 2026" dibawah kendali Pengarah Teknikal Kelantan Red Warrior FC, Wan Jamak pada 11 dan 12 September ini di Padang Mardi. Tempat terhad buat 25 orang peserta sahaja.

    Daftar sekarang dengan mengisi nama dalam pautan yang kami berikan ⬇️

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    SETAHUN YANG MENGUBAH WAJAH KELANTAN RED WARRIOR FC.

    Ada pasukan yang membina perjalanan dengan wang, nama besar dan segala kemudahan. Ada pula pasukan yang terpaksa membina semula ketika hampir setiap langkah disambut dengan permasalahan dan persoalan.

    Kelantan Red Warrior FC memilih jalan kedua. Hari ini, selepas genap setahun era pengurusan baharu bermula, satu perkara tidak lagi boleh dipersoalkan, kami telah layak beraksi di Liga Super.

    Namun, untuk memahami nilai sebenar pencapaian ini, kita perlu kembali ke Ogos 2025. Ketika itu, cerita kami bukan tentang Liga Super. Bukan tentang pemain bintang. Bukan tentang sasaran kedudukan tinggi. Cerita sebenarnya jauh lebih berat iaitu bagaimana untuk memastikan kelab ini terus hidup dan terus bermain dalam saingan Liga Malaysia.

    Perjalanan bermula dalam keadaan penuh krisis apabila perubahan pengurusan pada Ogos 2025 dilakukan ketika kelab berdepan pelbagai permasalahan termasuk isu berkaitan sekatan FIFA dan status kelab.

    Selepas pengurusan terdahulu menyerahkan pegangan saham kepada syarikat yang diusahakan oleh anak Kelantan, Nasken Coffee sebelum Dato' Muhamad Zaki Harun dilantik sebagai presiden pada 18 Ogos 2025.

    Pengurusan baharu tidak menerima kelab yang berada dalam keadaan sempurna. Mereka menerima sebuah kelab yang memerlukan banyak kerja rumah untuk diselesaikan. Ada isu pentadbiran, isu kewangan, isu pendaftaran pemain dan persoalan lebih besar yang menghantui penyokong serta peminat bola sepak Kelantan ketika itu, mampukah kelab ini bertahan untuk terus bersaing?

    Mudah untuk mengambil alih sebuah kelab ketika semuanya berjalan lancar tetapi keberanian sebenar Nasken Coffee yang dimiliki Tuan Haji Nazif Ab. Aziz bersama kepimpinan baharu diuji apabila mereka hadir ketika keadaan sedang bergelora. Di sinilah cerita sebenar bermula.

    Kami berdepan episod yang tidak pernah diingini oleh mana-mana kelab, sekatan FIFA. Pendaftaran pemain terganggu dan perancangan pasukan turut menerima tempias namun satu perkara tidak berubah. Kami tetap turun bermain walaupun sedikit lewat berbanding kelab lain.

    Kelantan Red Warrior FC tetap meneruskan perjuangan dalam Liga A1 Semi Pro.

    Selepas isu pendaftaran pertama diselesaikan, enam aksi liga berakhir tanpa sebarang kemenangan. Tekanan mula dirasakan semua pihak khususnya barisan kejurulatihan namun melalui perbincangan dan usaha bersama, keadaan mula berubah.

    Skuad kendalian Irfan Bakti bangkit dengan memperoleh kemenangan ke atas Machan FC dan diteruskan selepas itu untuk menamatkan pusingan pertama dalam kelompok tujuh terbaik.

    Tetapi perjalanan belum selesai. Pada Disember 2025, kelab sekali lagi berdepan sekatan perpindahan pemain. Sekali lagi, pengurusan perlu mencari jalan keluar. Sekali lagi, kami memilih untuk tidak menyerah.

    Akhirnya, pada Januari 2026, FIFA mengesahkan sekatan tersebut ditarik balik sepenuhnya. Satu lagi pintu yang tertutup berjaya dibuka semula dan dari situ, kami kembali melihat ke hadapan. Jurulatih perlu mencari formula, pemain perlu percaya kepada projek kelab dan penyokong perlu diyakinkan bahawa kelab ini mempunyai masa depan.

    Kemudian hadir satu lagi babak yang menjadi bukti bahawa kesabaran dan usaha akhirnya membuahkan hasil. Selepas rentetan keputusan yang konsisten dan cemerlang, kami menamatkan saingan Liga A1 Semi Pro di tempat keempat dengan tujuh kemenangan berturut-turut termasuk enam kemenangan tanpa bolos.

    Daripada sebuah pasukan yang beberapa bulan sebelumnya bergelut dengan permasalahan besar, kami akhirnya menutup musim dengan pencapaian yang membuka pintu kepada impian lebih besar. Liga Super.

    Julai 2026, status kami masih belum benar-benar terjamin. Kami masih menunggu kepastian. Kemudian satu pengumuman daripada Malaysian Football League (MFL) mengubah segala-galanya. Kelantan Red Warrior FC berjaya mengisi slot ke-12 selepas melengkapkan dokumentasi dan memenuhi kriteria yang diperlukan. Kami memperoleh Lesen Kebangsaan Luar Biasa, menunjukkan kesediaan dan akhirnya keputusan dibuat bahawa Kelantan Red Warrior FC dipilih untuk beraksi di Liga Super 2026/27.

    Satu tahun. Hanya satu tahun selepas pengurusan baharu mengambil alih. Daripada persoalan sama ada kelab ini mampu bertahan, hari ini kami berbicara tentang bagaimana untuk bersaing di pentas tertinggi bola sepak Malaysia.

    Namun, kami sedar satu perkara, Liga Super bukan hadiah. Liga Super ialah ujian baharu yang menuntut pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan komitmen daripada semua pihak. Lawan yang bakal kami hadapi jauh lebih kuat yang mana 11 kelab yang bakal kami temui juga mempunyai struktur dan kestabilan tersendiri.

    Sebab itu, perjalanan ini tidak boleh dipikul oleh pengurusan dan pemain sahaja. Penyokong juga mempunyai peranan yang jauh lebih besar daripada sekadar membeli tiket.

    Kami memerlukan stadium yang hidup dan suara yang tidak pernah berhenti. Kami memerlukan penyokong yang terus berdiri bersama pasukan ketika keputusan tidak memihak.

    Dengan pemain yang kekal berjuang, pengurusan yang terus berusaha mencari jalan keluar dan penyokong yang enggan berpaling, kejayaan pasti lebih bermakna apabila ia menjadi milik kita bersama.

    Jadi, datanglah menyokong kami ketika perjuangan ini masih panjang. Bersoraklah ketika pasukan menang tetapi jangan diam ketika pasukan kalah. Kritiklah jika perlu. Tegurlah kami jika ada kesilapan. Kerana kami tidak mendakwa kelab ini sudah sempurna. Kami masih muda, kami masih membina dan kami masih memerlukan anda untuk terus berada di belakang kami.

    Satu tahun yang penuh liku telah kita harungi bersama. Daripada krisis kepada kebangkitan, daripada persoalan kepada peluang beraksi di pentas tertinggi bola sepak Malaysia.

    Kini, lembaran baharu sedang kita buka dan momen baharu sedang kita bina. Perjuangan baharu sedang menanti. Jangan tinggalkan Kelantan Red Warrior FC. Kerana cerita ini belum selesai. Teruskan bersama kami.

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    📸 | Galeri aksi perlawanan kedua pusingan 16, Piala FA 2026/27 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    Assalamualaikum. Selamat Pagi.Terima kasih beri sokongan padu kepada Kelantan Red Warrior FC

  • Kelantan Red Warrior FC

    Tersingkir dari saingan Piala FA 2026/27.

    ⚽🔴 Dylan Wenzel-Halls m9

    ⚽🔴 Safawi Rashid m45+4

    ⚽🔴 Ronald Ngah Wanja m53', 71' (Pen)

    ⚽🟢 Mazwan Che Mat m67'

    ⚽🔴 Kaishu Yamazaki m81'

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    Mazwan menjaringkan gol pertama.

    Kuching City FC 3-1 Kelantan Red Warrior FC

    ⚽🔴 Dylan Wenzel-Halls m9

    ⚽🔴 Safawi Rashid m45+4

    ⚽🔴 Ronald Ngah Wanja m53'

    ⚽🟢 Mazwan Che Mat m67'

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    Tamat babak pertama. Kami ketinggalan kepada pasukan tuan rumah.

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    Selesai. Sebentar lagi bermula perjuangan kita untuk aksi kedua pusingan 16, Piala FA 2026.

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    Kesebelasan utama Kelantan Red Warrior FC pada malam ini.

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    🏟️ Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    Hari perlawanan kedua Pusingan 16, Piala FA 2026/27. inshaAllah. Kita usahakan 🔥

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi

  • Kelantan Red Warrior FC

    📸 Bahagian 2 | Galeri gambar penyokong aksi Liga Super Kelantan Red Warrior FC menentang Kuala Lumpur City, baru-baru ini.

    MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN,

    MEWARISKAN LEGASI.

    #NaskenCoffee

    #KRWFC #KelantanRedWarriorFC

    #LigaMalaysia

    #BolaKelantan #Revolusi