📸 USAHA BERGANDA DEMI TIGA MATA PERTAMA DI SELAYANG
Skuad kendalian Andreas Spier tidak mahu terus berduka selepas dua kekalahan awal dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/27 ketika bertemu Armed Forces FC dan Kelantan City FC di laman sendiri.
Sebaliknya, para pemain bersama staf kejurulatihan meningkatkan usaha, memberikan lebih daripada 100% dalam misi membawa pulang mata di Selayang, Sabtu ini.
Selasa lalu, sesi latihan berasaskan kecergasan telah diadakan di Six Pack Fitness Center @ Hotel Sfera bagi mempertingkatkan prestasi pemain dari semasa ke semasa.
💙🤍
#ManjungCityFC | #TheOceanRage
















